BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
SITUASI 25
TARIKH:4 APRIL 2013
FUNGSI BAHASA PERPADUAN
* Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan
bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa
inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil
telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
* . Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan
atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa
Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba
ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
*. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang
penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja
digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan
rasmi negara.
*. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha
menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang
dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam
memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.