AKU DAN NENEK TUA
SITUASI 3
SITUASI 3
HARI: SELASA
TARIKH: 5 MAC 2013
Pada hari Jumaat yang lepas, saya
dan kawan-kawan telah ke Pekan Tanjong Malim untuk membeli barangan keperluan
dapur. Ketika kami asyik berbual-bual, tiba-tiba saya telah disapa oleh seorang
warga emas yang menjual surat khabar. Ketika itu, saya sedang membelek surat
khabar.Warga emas itu lebih kurang seusia nenek saya yang berada di kampung.
Melihat nenek tersebut, tiba-tiba saya terkenang nenek di kampung. Sudah hampir
lebih sebulan tidak pulang ke kampung. Rindu nenek di kampung. Walaupun warga
emas tadi berlainan bangsa iaitu, berbangsa Cina, kami menunjukkan rasa hormat
kepada dia. Berbagai-bagai persoalan diajukan kepada kami. Kami tetap melayan
persoalan yang diajukan tanpa rasa jemu.
Kita mestilah sentiasa
menghormati orang lain. Perbezaan agama, bangsa, dan kefahaman amatlah tidak
wajar dijadikan alasan untuk kita tidak menghormati orang lain. Malah, saya
juga yakin dan percaya bahawa “sekiranya
kita menghormati orang lain, orang lain akan menghormati kita”.
No comments:
Post a Comment