SITUASI 4
HARI: RABU
TARIKH: 6 MAC 2013
Opocot!!!
Pada hari ini, saya memilih tajuk latah untuk dibincangkan. Latah
ini merupakan penyakit yang melanda
warga emas malah golongan dewasa dan remaja juga tidak terkecuali
daripada melatah. Kawan serumah saya merupakan seorang yang gemar melatah.
Jikalau diusik atau terkejut, dia pasti melatah. Melihat gelagatnya, kami
serumah terhibur. Malah, kadang-kadang boleh menimbulkan keriuhan atau bunyi
bising yang mampu mengganggu jiran sebelah rumah. Jika berada di dalam bilik kuliah, pasti
ramai kawan-kawan lain yang mengambil kesempatan untuk mengusik “Si Latah” ini.
Apabila diusik atau terperanjat tadi, kawan saya akan menyebut “Oh, mati ke?”. Kemudian, keadaan di dalam kelas menjadi
riuh-rendah.
ULASAN
Penyakit latah ini tidak mengenal peringkat umur. Malah, ada
juga yang beranggapan yang penyakit latah ini diwarisi secara turun-temurun.
Saya berpendapat bahawa dengan adanya golongan yang melatah ini, suasana sesuatu
majlis akan menjadi lebih meriah dan seronok. Hati yang sedang gundah-gulana
pasti terhibur seketika.
No comments:
Post a Comment