LOGHAT CINA
SITUASI 18
TARIKH:1 APRIL 2013
Pada suatu hari, saya bersama seorang rakan telah ke Kedai
Bhl untuk memperbaiki laptop. Kedai yang saya pergi ini merupakan sebuah kedai
cina. Kebanyakan pekerja di kedai tersebut merupakan orang cina. Saya mendengar
dialog salah seorang pelanggan dengan pekerja berbangsa Cina di dalam kedai
tersebut. Berikut adalah dialog yang digunakan oleh mereka ketika
berkomunikasi.
Pekerja A: Apa pasal lu punya laptop?
Pelanggan B: Tak tahu
la..saya kurang pasti. Tiba-tiba ja jadi macam nie.
Pekerja A : 0wh. xpa,
nanti saya tengokkan.
ULASAN:
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai bangsa yang
terdiri daripada Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik. Malah, kita juga dapat membezakan antara dialek
berdasarkan perkataan yang digunakan.
No comments:
Post a Comment