SEHARI KE UPM
SITUASI 8
HARI: JUMAAT
Pada hari Rabu yang lepas, saya
dan rakan-rakan yang lain telah pergi ke Universiti Putra Malaysia sempena
Seminar 6 Sasterawan Negara. Seminar ini diadakan bertujuan mengungkap
karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara. Ketika berada di dalam bas,
salah seorang rakan saya telah berkata, “za , tolong tonjol”. Saya agak keliru
dengan kata-katanya. Setelah ditanya, barulah saya faham yang dia meminta agar
saya menolak kerusi agar dia dapat duduk dengan selesa. Selepas itu, dia
mengucapkan terima kasih sambil mengukir senyuman di bibir.
ULASAN
Perkataan yang digunakan oleh
setiap orang adalah berbeza mengikut negeri masing-masing mahupun diwarisi
secara turun-temurun. Malah, dalam kehidupan seharian, kita perlulah sentiasa
membudayakan ucapan terima kasih setelah mendapat pertolongan daripada orang
lain. Budi bahasa kita melambangkan keperibadian kita.
No comments:
Post a Comment