BAHASA SINDIRAN
SITUASI 11
TARIKH: 15 MAC 2013
Bahasa sindiran ialah perkataan yang ditujukan maksudnya kepada
seseorang yang tidak disebutkan dengan tepat, hanya disindir dengan kias-kias
atau dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak mahu
menyebutnya secara terus-terang. Nenek saya sering menggunakan bahasa sindiran
ketika ingin menasihati saya dan adik-beradik yang lain. Bahasa yang digunakan
kadang-kadang sukar difahami atau mungkin disalah tafsir. Sebagai contohnya,
ketika adik bongsu saya sedang bermain-main di dalam rumah dan memanjat tangga,
nenek saya berkata, “panjat lagi, panjat
lagi!!!” naik lagi tinggi. Sebenarnya, nenek melarang adik saya untuk memanjat
tangga.
ULASAN
Bahasa sindiran ini sering digunakan bagi memberi nasihat
secara tidak terus. Nasihat yang
diberikan ini amat berguna kepada masyarakat. Dapatlah disimpulkan di sini
bahawa nenek moyang kita sangat kreatif dan bijak dalam memberi nasihat kepada
anak cucu mereka. Malah, bahasa yang digunakan juga amat indah dan mempunyai unsur-
unsur estetika yang tinggi.
No comments:
Post a Comment