Thursday, 14 March 2013

UNIKNYA DIALEK


UNIKNYA DIALEK

SITUASI 9
HARI:KHAMIS
 Hari ini merupakan kelas Semantik. Cuaca pada mulanya agak redup seolah-olah hujan akan membasahi bumi Tanjung Malim. Namun begitu, hujan yang ditunggu-tunggu tidak pun tiba. Pensyarah telah menceritakan pengalaman beliau selama  5 tahun mengajar di Pahang. Pelbagai pengalaman yang diperoleh hasil pengajaran beliau di negeri Pahang ini. Ternyata, “jauh perjalanan, luas pemandangan”. Beliau telah menceritakan pengalaman beliau “ mendak” ikan di sungai. Beliau hampir-hampir lemas di dalam sungai. Alhamdulillah, beliau selamat. Pada mulanya, saya agak tertanya-tanya mengenai perkataan “mendak” yang dimaksudkan oleh beliau. Beliau telah menjelaskan bahawa “mendak” merupakan satu perbuatan mencari ikan, dan udang di celah-celah batu dengan menggunakan tangan. Setelah mendengar penjelasan tersebut, barulah saya memahami maksud “ mendak” ini. Di negeri saya, iaitu Kedah, perbuatan “mendak” ini dipanggil “mengagau”. Ayah, abang, serta adik saya gemar melakukan aktiviti ini apabila berkelapangan.

ULASAN
Setiap perkataan yang diungkapkan pasti ada perbezaan di antara sebuah negeri dengan negeri yang lain. Hal ini membuktikan keindahan Bahasa Melayu. Walaupun terdapat perbezaan, kita tetap di bawah rumpun yang sama. Justeru, marilah kita bersama-sama menyayangi bahasa ibunda kita, yakni Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment