Thursday, 21 March 2013

BAHASA SMS


BAHASA SMS
SITUASI 12
TARIKH:15 MAC 2013
Dewasa kini penggunaan telefon menjadi suatu kemestian kepada tiap-tiap orang sama ada golongan kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa.  Telefon merupakan alat yang digunakan untuk tujuan komunikasi. Malah, penggunaannya telah diperluaskan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat. Tidak hairanlah bahawa ada ungkapan yang menyatakan “ maklumat di hujung jari”. Bagi golongan remaja, ketika mereka menghantar pesanan ringkas atau sms melalui telefon, bahasa yang digunakan terlalu ringkas. Malah, ada juga sesetengah perkataan yang tidak dapat difahami. Dua hari lepas, adik saya ada menghantar pesanan ringkas untuk  bertanya khabar. Bahasa yang digunakan amat ringkas. Dia bertanya, “apa khabar, dk wt pe skunk niey?”. Adik saya merupakan salah seorang contoh remaja yang menggunakan bahasa “sms” yang  ringkas ini.


ULASAN
Bahasa sms merupakan bahasa yang boleh mengancam kedudukan Bahasa Melayu baku. Penggunaan bahasa sms ini perlulah dikurangkan oleh remaja. Hal ini disebabkan penggunaan bahasa sms ini secara tidak langsung, menyebabkan remaja terikut-ikut ketika menulis karangan dalam Bahasa Melayu. Hal ini boleh menjejaskan mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, kempen penggunaan Bahasa Melayu baku perlulah dilakukan. Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah memunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan yang Bahasa Melayu “tak lekang dek hujan, tak lapuk dek panas”.

No comments:

Post a Comment