SITUASI 5
HARI: JUMAAT
TARIKH: 7 MAC 2013
Hampir dua bulan saya tidak pulang ke kampung yang terletak
di Kulim, Kedah. Wajah-wajah keluarga tersayang kian menjelma di benak fikiranku.
Walaupun sudah memasuki semester 6, namun perasaan rindu terhadap keluarga tidak
dapat dielakkan. Saat
berjauhan, rasa rindu itu pasti ada kan. Ketika berada di tempat orang ini, ianya banyak mengejar saya erti berdikari. Semuanya terpaksa dilakukan sendiri. Mengenang
pengorbanan ayah dan ibu membesarkan kami adik-beradik, hati saya tersentuh.
Tidak terbalas jasa yang mereka lakukan terhadap kita. Mereka sanggup berkorban
demi melihat kita berjaya.
ULASAN
Kita sewajarnya menghormati ibu dan ayah. “Tanpa doa mereka,
kita bukan siapa-siapa”. Ketika berjauhan, hubungi mereka. Mendengar suara
anak-anak, pasti mereka akan berasa gembira. Pengorbanan ibu dan ayah tidak
ternilai. Hargailah mereka selagi mereka masih ada.
No comments:
Post a Comment