KATA SAPAAN
SITUASI 2
SITUASI 2
HARI:ISNIN
TARIKH: 4 MAC 2013
Dalam kedinginan pagi, seperti
biasa saya menghadirkan diri ke kelas. Tepat jam 7.30 pagi, saya akan ke
perhentian bas untuk ke kampus. Keadaaan masa sebegini biasanya ramai pelajar
yang beratur menunggu bas. Mereka setia beratur walaupun barisannya kian memanjang.
Terdapat segelintir pelajar yang merungut kerana telah sekian lama menunggu
bas. Namun, bas yang dinanti-nantikan tidak pun tiba. Setelah 15 minit , bas
yang dinanti pun tiba. Pelajar berebut-rebut untuk memasuki bas. Dalam keadaan
yang sedemikian, saya sempat untuk menaiki bas tersebut. Seorang pelajar tidak
sempat masuk ke dalam bas. Dia dengan nada suara yang sopan meminta agar
pelajar yang berada di dalam bas bergerak. Pelajar yang berada di dalam bas
amat bersimpati dengan pelajar tersebut. Akhirnya, dia dapat menaiki bas yang
sama dengan saya.
ULASAN
Pada pendapat saya, penggunaan
bahasa yang baik dan sopan amat penting dalam kehidupan kita seharian. Bahasa
yang mencerminkan perilaku seseorang.
No comments:
Post a Comment