Friday, 15 March 2013

BAHASA ROJAK


BAHASA ROJAK
SITUASI 10
HARI:JUMAAT
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?).
Selain itu, lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer-komposer pada zaman sekarang juga menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan golongan remaja terikut-ikut. Natijahnya, penguasaan  bahasa Melayu dalam kalangan remaja menjadi kian merosot.


ULASAN
Isu penggunaan bahasa rojak ini perlu diatasi segera. Hal ini disebabkan bahasa rojak ini boleh merosakkan keaslian Bahasa Melayu. Marilah sama-sama kita memartabatkan Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment