Thursday, 7 March 2013

DIALEK


Dailek
Situasi 1
Hari: Ahad
Tarikh: 3 Mac 2012
Pada  hujung minggu lepas, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Kuala Lumpur.. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam komuter.  Pada ketika itu suasana di dalam komuter amat sesak. Syukur kerana saya telah mendapat tempat duduk. Kesempatan cuti hujung minggu ini diambil oleh pelajar-pelajar UPSI, pelajar Politeknik Behrang, dan penduduk Tanjung Malim untuk menghabiskan cuti dengan berehat atau beriadah bersama kawan-kawan setelah penat bekerja atau belajar. Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur, keadaan di dalam bas amat bising.  Saya telah duduk bersebelahan dengan seorang pelajar UPSI yang berasal dari Terengganu.  Dia telah menyapa sapa. Tiba-tiba, datang lagi beberapa orang rakan pelajar tersebut ke arah kami. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan dialek Terengganu. Saya yang berasal dari Kedah hanya mampu tersenyum mendengar perbualan mereka. Walau bagaimanapun, saya berasa amat gembira kerana saya dapat mengenali dan mempelajari sedikit sebanyak loghat bahasa Terengganu.



Ulasan
Penggunaan dialek amat dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Hal ini disebabkan pelajar-pelajar dari berlainan negeri berkumpul dan menimba ilmu di bawah satu bumbung.Ternyata, dengan adanya pelbagai dialek, Bahasa Melayu menjadi semakin unik. Namun begitu, penggunaan dialek dalam urusan rasmi atau formal tidak digalakkan kerana penggunaan dialek ini akan menimbulkan masalah bagi mereka yang tidak memahami dialek bahasa tertentu. Masalah ini akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan terganggu.

No comments:

Post a Comment