Tuesday, 12 March 2013

ADAT BERKHATAN


ADAT BERKHATAN
SITUASI 7
HARI:SELASA
Pada cuti semester yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri kenduri berkhatan yang diadakan di masjid berdekatan dengan rumah saya.  Sebelum upacara berkhatan dijalankan, beberapa acara sampingan diadakan terlebih dahulu mengikut adat resam masyarakat Melayu. Sebelum upacara berkhatan dijalankan, kanak-kanak akan dimandikan dan dibersihkan badan mereka. Setelah selesai, mereka akan dimandikan sekali lagi dengan air jampi (air dalam buyung yang telah dijampi oleh Tok Mudim). Kanak-kanak tersebut kemudiannya didudukan di atas batang pisang dan Tok Mudim pun mengkhatankannya dengan segera. Tok Mudim seterusnya akan mengkhatankan seorang demi seorang dan selepas itu dibalut dan disapukan ubat. Mereka akan dibaringkan di tempat yang disediakan. Terdapat pelbagai reaksi kanak-kanak berkhatan ini yang boleh dilihat. Antaranya menangis, takut, dan gembira.



ULASAN
Adat berkhatan ini merupakan amalan turun-temurun yang diwarisi sejak dahulu lagi. Kini, amalan ini kian dilupakan dan jarang diamalkan. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih gemar memilih doktor untuk menjalankan aktiviti berkhatan bagi anak-anak mereka. Melalui adat berkhatan ini, amalan gotong-royong dapat dipupuk. Selain itu, kita juga dapat mengenali antara jiran sekampung dengan lebih dekat. Bak kata pepatah Melayu, “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”.


No comments:

Post a Comment