Monday, 1 April 2013

BAHASA JIWA BANGSA


BAHASA JIWA BANGSA
SITUASI 17
TARIKH: 1 APRIL 2013
Pada minggu lepas, saya telah pergi ke Kuala Lumpur. Saya terserempak dengan seorang warga Britain. Dia baru sahaja tiba ke Malaysia. Saya melihat dia agak terpinga-pinga. Dia bertanya tentang tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Rupa-rupanya, dia ingin menghabiskan cuti dia Malaysia. Dia bertegur sapa dengan saya dengan menggunakan bahasa yang amat baik. Malah, dia juga amat mesra dan seolah-olah memahami budaya Timur.

ULASAN
Penggunaan bahasa yang indah dan kata ganti diri yang baik amat penting dalam kehidupan seharian. Bahasa melambangkan keperibadian kita. Malah, orang lain akan menghormati kita sekiranya kita menggunakan bahasa yang baik ketika berbicara dengan orang lain. 





No comments:

Post a Comment