Wednesday, 3 April 2013

BAHASA SLANGA


Bahasa Slanga
SITUASI 22
TARIKH: 3 APRIL 2013
Pada suatu hari, saya dan rakan serumah sedang menonton televisyen. Tiba-tiba, kami ternampak gambar seorang artis tempatan. Rakan saya berkata, “cantik siot”. Perkataan yang disebut oleh rakan saya ini boleh menggambarkan bahasa slanga. Bahasa slanga merupakan satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan sifatnya berubah. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan  muda seperti pelajar universiti atau golongan profesional untuk komunikasi dalaman bagi menghindarkan daripada diketahui oleh komuniti bahasa yang lain. Dalam bahasa ini, kata-kata baharu muncul dan kemudian hilang dengan cepat. Kata-kata ini diambil daripada dialek atau bahasa kaum lain termasuk bahasa penjajah, kemudian diberi pengertian atau konotasi tertentu. Bahasa slanga termasuk bahasa eksklusif iaitu bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu sama ada dalam kelompok seperkerjaan, puak, sub-etnik dan sebagainya. Bahasa eksklusif ini amat terbatas penggunaannya kerana diajar kepada penutur yang terbatas dalam kelompok dalaman mereka sahaja sama ada dari segi daerah, kumpulan, kelas atau kelompok.

ULASAN
Bahasa slanga ini merupakan bahasa yang hanya difahami oleh kumpulan tertentu sahaja. Perkataan “siot” dalam situasi di atas hanya difahami oleh golongan tertentu sahaja, yakni golongan remaja. Golongan warga tua sudah tentu tidak memahami perkataan yang dituturkan ini.

No comments:

Post a Comment