PASAR MALAM
SITUASI 19
TARIKH: 1 APRIL 2013
.jpg)
Pada hujung minggu yang lepas, saya bersama-sama rakan-rakan
yang lain telah berkunjung ke pasar malam Tanjung Malim. Suasana agak sesak dan
bising. Terdapat ramai pelanggan dan peniaga yang berada di perkarangan kawasan
tersebut. Saya agak tertarik melihat seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia
10 tahun membantu seorang warga emas untuk mengangkat barang-barang yang
dibeli. Budak tersebut membantu biarpun warga emas tersebut berbangsa Cina.
Saya bertanya kepada budak tersebut tentang tindakannya membantu warga emas
tersebut. Budak tersebut menjawab sambil tersenyum dengan menyatakan bahawa “
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Baru saya mengerti,
kadang-kadang kanak-kanak lebih mempunyai sifat belas kasihan berbanding orang
dewasa. Saya amat kagum dengan tindakan budak tersebut.
ULASAN:
Biarpun kita berbeza dari segi agama, budaya, dan
sebagainya, kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai manusia. Kita
perlulah menghulurkan bantuan kepadan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Bak kata pepatah Melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”.
No comments:
Post a Comment