Tuesday, 2 April 2013

ROTI ATAU BISKUT??


ROTI ATAU BISKUT ??
SITUASI 21
TARIKH:2 APRIL 2013
Setelah tamat kelas Prosa Melayu, saya dan rakan sekelas telah pergi ke kedai di depan kampus. Rakan saya ingin membeli roti. Sesampai di kedai tersebut, dia memaklumkan bahawa tiada roti. Saya agak  hairan kerana di dalam rak tersebut terdapat banyak roti. Bermacam-macam pilihan yang boleh dibeli. Saya pun memberitahunya mengenai roti yang terletak di dalam rak tersebut. Berikut adalah dialog kami ketika berada di dalam kedai tersebut:
Masyitah  : Tak dak la roti yang saya nak beli.
Saya        : La..dalam rak tu kan banyak roti.
Masyitah  : Itu bukan roti la, itu namanya biskut.
Saya         : Oh,macam tu.Bagi saya semuanya  
                  dipanggil roti, tidak kira sama ada ianya  
                  biskut atau  roti.

ULASAN
Kadang-kadang terdapat perbezaan perkataan di sesebuah daerah, mahupun negeri.  Perbezaan ini yang menjadikan Malaysia negara yang unik. Kita perlulah menghormati dialek atapun bahasa sesebuah daerah. Malah, kita perlulah mempelajari dialek-dialek tersebut.Dalam contoh di atas, bagi rakyat negeri Kedah, sama ada roti atau biskut, kedua-duanya dipanggil roti. Namun begitu, di negeri-negeri lain, perkataan roti dan biskut mempunyai perbezaan.


No comments:

Post a Comment