Thursday, 21 March 2013

KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama
Situasi 15
Tarikh: 15 Mac 2013

Setiap hari raya Aidilfitri, sudah pasti saudara mara saya akan berkumpul di rumah. Hal ini disebabkan, saudara mara ingin melawat nenek saya. Nenek saya merupakan kakak sulung. Jadi, rumah saya menjadi tumpuan saudara mara untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa. Kesempatan cuti raya Aldilfitri ini diambil untuk berkunjung ke rumah saudara dan melawat mereka yang sudah agak berusia.
Semasa raya Aidilfitri yang lepas, anak saudara nenek saya ada berkunjung ke rumah kami. Saya memanggilnya Mak Su Zah. Dia telah membawa anak-anaknya untuk melawat nenek. Saya amat tertarik dengan sistem panggilan nama anak-anaknya. Sejak dari kecil lagi, mereka tidak memanggil nama sebaliknya  menggunakan kata ganti nama. Mak Su Zah mempunyai enam orang anak iaitu empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Anaknya yang sulung dipanggil dengan panggilan "abang", yang kedua pula "abang chik", yang ketiga "abang yang" dan yang keempat "abang tih". Selanjutnya, anak yang kelima dipanggil "kakak" dan yang bongsu dipanggil "adik".


ULASAN
Kata ganti nama sering digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu. Berdasarkan sistem kata ganti nama ini, kita menghormati seseorang itu. Malah, ianya turut menjadi lambang budi bahasa kita. Kita seharusnya mempraktikan kata ganti nama atau sistem panggilan nama ini dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment