SAYANG OPAH
SITUASI 14
TARIKH: 15 MAC 2013
Opah, atok, dan nenek antara sistem panggilan nama yang sering digunakan untuk merujuk kepada nenek. Warga emas ini merupakan golongan yang amat luas pengetahuan serta ilmunya dalam bidang tertentu. Terutamanya, petua-petua mahupun nasihat-nasihat yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pada suatu hari, nenek sedang berada di anjung rumah. Tiba-tiba, nenek memanggil saya dan kakak untuk bersembang. Kami mengikut arahan nenek kerana sudah lama tidak mendengar celoteh nenek. Mana tidaknya, masing-masing sibuk dengan bekerja dan belajar. Saat berada di sisi nenek, teringat saya pada zaman kanak-kanak dulu, nenek suka bercerita mengenai kisah pengalamannya mengharungi kehidupan pada zaman Jepun. Sememangnya semangat yang cekal serta kesabaran diperlukan untuk meneruskan kehidupan pada ketika itu. Lamunan saya terhenti seketika apabila nenek memulakan cerita. Nenek berkata, kamu berdua sudah makan nasi?? Kakak dan saya mengangguk-anggukkan kepala tanda sudah makan. Sesudah melihat kami menganggukkan kepala nenek pun memulakan cerita. Kata nenek, "perkataan makan ini banyak maksudnya". Saya dan kakak terpinga-pinga. Nenek menyambung lagi, perkataan " makan" ini berbeza mengikut golongan tertentu. Sebagai contohnya:
a) Golongan kaya
-Siapa kita nak makan hari ini??
b) Golongan sederhana
-Makan nasi
c) Golongan miskin
-Nak makan apa hari ini??
Nenek berkata, bagi golongan kaya, perkataan makan ini merujuk kepada aktiviti rasuah dalam kalangan orang kaya. Manakala, makan dalam sudut pandangan golongan sederhana ialah makan nasi, dan sebagainya. Selanjutnya, makan bagi golongan miskin pula merujuk kepada ketiadaan makanan. Saya dan kakak hanya terdiam kaku. Rupa-rupanya, walaupun nenek tidak bersekolah tinggi, namun ilmunya amat banyak dan berguna.
ULASAN
Dapat disimpulkan bahawa nenek moyang kita kaya dengan pelbagai ilmu dan pengalaman. Malah, kita dapat lihat bahawa satu perkataan bahawa boleh membawa pelbagai maksud berdasarkan konteks ayat yang diberikan. Hal ini menunjukkan berlakunya ketaksaan makna.