Wednesday, 3 April 2013

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN


BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
SITUASI 25
TARIKH:4 APRIL 2013

FUNGSI BAHASA PERPADUAN
* Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
* . Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
*. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
*. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.


BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
SITUASI 24
TARIKH: 4 ARRIL 2014

•Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.
•Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.
•Bahasa tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
•Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.
•Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara.
•Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu diMalaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, danBahasa Jerman di Jerman.
•Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.
•Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.

BAHASA MELAYU KUNO
SITUASI 23
TARIKH: 4 APRIL 2013
Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia), Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai disebabkan:
·         Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
·         Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
·         Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Pengaruh Sanskrit dan Hindu
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
·         Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, airdan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu
Vulan
bulan
Nasyik
asyik
Nayik
naik
Mangalap
mengambil
Mamava
membawa
Saribu
seribu
Dangan
dengan

BAHASA SLANGA


Bahasa Slanga
SITUASI 22
TARIKH: 3 APRIL 2013
Pada suatu hari, saya dan rakan serumah sedang menonton televisyen. Tiba-tiba, kami ternampak gambar seorang artis tempatan. Rakan saya berkata, “cantik siot”. Perkataan yang disebut oleh rakan saya ini boleh menggambarkan bahasa slanga. Bahasa slanga merupakan satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan sifatnya berubah. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan  muda seperti pelajar universiti atau golongan profesional untuk komunikasi dalaman bagi menghindarkan daripada diketahui oleh komuniti bahasa yang lain. Dalam bahasa ini, kata-kata baharu muncul dan kemudian hilang dengan cepat. Kata-kata ini diambil daripada dialek atau bahasa kaum lain termasuk bahasa penjajah, kemudian diberi pengertian atau konotasi tertentu. Bahasa slanga termasuk bahasa eksklusif iaitu bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu sama ada dalam kelompok seperkerjaan, puak, sub-etnik dan sebagainya. Bahasa eksklusif ini amat terbatas penggunaannya kerana diajar kepada penutur yang terbatas dalam kelompok dalaman mereka sahaja sama ada dari segi daerah, kumpulan, kelas atau kelompok.

ULASAN
Bahasa slanga ini merupakan bahasa yang hanya difahami oleh kumpulan tertentu sahaja. Perkataan “siot” dalam situasi di atas hanya difahami oleh golongan tertentu sahaja, yakni golongan remaja. Golongan warga tua sudah tentu tidak memahami perkataan yang dituturkan ini.

Tuesday, 2 April 2013

ROTI ATAU BISKUT??


ROTI ATAU BISKUT ??
SITUASI 21
TARIKH:2 APRIL 2013
Setelah tamat kelas Prosa Melayu, saya dan rakan sekelas telah pergi ke kedai di depan kampus. Rakan saya ingin membeli roti. Sesampai di kedai tersebut, dia memaklumkan bahawa tiada roti. Saya agak  hairan kerana di dalam rak tersebut terdapat banyak roti. Bermacam-macam pilihan yang boleh dibeli. Saya pun memberitahunya mengenai roti yang terletak di dalam rak tersebut. Berikut adalah dialog kami ketika berada di dalam kedai tersebut:
Masyitah  : Tak dak la roti yang saya nak beli.
Saya        : La..dalam rak tu kan banyak roti.
Masyitah  : Itu bukan roti la, itu namanya biskut.
Saya         : Oh,macam tu.Bagi saya semuanya  
                  dipanggil roti, tidak kira sama ada ianya  
                  biskut atau  roti.

ULASAN
Kadang-kadang terdapat perbezaan perkataan di sesebuah daerah, mahupun negeri.  Perbezaan ini yang menjadikan Malaysia negara yang unik. Kita perlulah menghormati dialek atapun bahasa sesebuah daerah. Malah, kita perlulah mempelajari dialek-dialek tersebut.Dalam contoh di atas, bagi rakyat negeri Kedah, sama ada roti atau biskut, kedua-duanya dipanggil roti. Namun begitu, di negeri-negeri lain, perkataan roti dan biskut mempunyai perbezaan.


Monday, 1 April 2013

SEBUAH BUKU


SEBUAH BUKU
SITUASI 20
TARIKH: 1 APRIL 2013
Pada hari Ahad yang lepas, saya telah pergi ke Karnival Keusahanan yang diadakan di kampus. Terdapat banyak gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan, buku, dan pakaian. Saya telah berkunjung ke sebuah gerai yang menjual buku. Saya agak tertarik dengan tajuk buku yang dipamerkan di situ. Antara tajuknya ialah Offline dengan Syaitan.



ULASAN
Kini, terdapat pelbagai jenis tajuk buku yang menarik boleh didapati di pasaran . Tajuk yang menarik ini dapat menarik minat pembaca untuk membaca, dan sekaligus membeli buku tersebut. Bagi buku yang saya nyatakan tadi, tajuk buku tersebut mempunyai percampuran kod iaitu di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

PASAR MALAM


PASAR MALAM
SITUASI 19
TARIKH: 1 APRIL 2013
Pada hujung minggu yang lepas, saya bersama-sama rakan-rakan yang lain telah berkunjung ke pasar malam Tanjung Malim. Suasana agak sesak dan bising. Terdapat ramai pelanggan dan peniaga yang berada di perkarangan kawasan tersebut. Saya agak tertarik melihat seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 10 tahun membantu seorang warga emas untuk mengangkat barang-barang yang dibeli. Budak tersebut membantu biarpun warga emas tersebut berbangsa Cina. Saya bertanya kepada budak tersebut tentang tindakannya membantu warga emas tersebut. Budak tersebut menjawab sambil tersenyum dengan menyatakan bahawa “ yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Baru saya mengerti, kadang-kadang kanak-kanak lebih mempunyai sifat belas kasihan berbanding orang dewasa. Saya amat kagum dengan tindakan budak tersebut.

ULASAN:
Biarpun kita berbeza dari segi agama, budaya, dan sebagainya, kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai manusia. Kita perlulah menghulurkan bantuan kepadan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Bak kata pepatah Melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”.